Salam semua…
Kepada yang mungkin tak tahu diluar sana ataupun kepada yang mungkin sudah terkeliru mengenai hukum perempuan yang datang haid tidak boleh masuk ke masjid , nak bagitahu yang hukumnya adalah HARAM dan ianya ditegah samasekali.
Dan ini bersandarkan kepada sepotong hadis dari Rasulullah SAW yang berbunyi:
لاَ أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِحَائِضٍ وَلاَ جُنُبٍ.
"Aku tidak menghalalkan (mengharamkan) masjid bagi (wanita yang didatangi) haid dan tidak (halal juga) bagi orang yang junub."
Diharamkan bagi wanita yang sedang haid untuk berada atau duduk dalam masjid, termasuk di kawasan padang yang digunakan untuk solat Hari Raya. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Umm ‘Athiah radhiallahu 'anha bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
“Suruhlah keluar wanita-wanita dan anak-anak gadis yang berada di dalam rumah (kepada solat dua hari raya) supaya mereka dapat menyaksikan kebaikan dan seruan orang mukmin, dan jauhilah wanita haid daripada mushalla (tempat lapang solat Hari Raya).” [Shahih al-Bukhari – no: 1652 (Kitab al-Haj)]
Kalau masih rasa tak percaya atau ragu-ragu dengan apa yang di nyatakan di sini silalah bertanya dengan Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz mengenai hukum perempuan yang datang haid masuk ke dalam masjid.
Assalamualaikum ustz, terima kasih atas jawapan tempoh hari, alhamdulillah...difahami. soalan saya seterusnya ustaz,
1. Apakah hukum wanita haid memasuki masjid?
Jawapan :
Masuk dalam MASJID haram semasa haid tapi masuk SURAU dibolehkan asalkan tidak menitik.
Ustaz dah jawab pun masuk ke MASJID semasa haid hukumnya haram.
Ustaz dah jawab pun masuk ke MASJID semasa haid hukumnya haram.
Wallahu'alam. (: sharing is caring :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan